finally final fiyahhhh!

          ASSALAMUALAIKUM

          So, ini wajah terbaru blog aku. Semua post sebelum nie aku dah simpan dalam draft. Malas nak publish dah semua post-post mengarut tu. haha. Baru rasa lapang sikit lepas dah update blog. Lepas dah berbulan dah tak update sejak ambik result SPM dulu lagi rasanya. Sampai dah nak ambik STPM baru nak update. Cakap pasal STPM, rabu depan dah start dah untuk paper Pengajian Am, then diikuti dengan Bahasa Melayu hari khamis. Lepas tu yang aku tak faham, kenapa paper Sejarah dengan Ekonomi perlu dibuat dalam satu hari. Hari isnin minggu seterusnya tu. Dah laa dua-dua tu killer subjek. Aku rasa memang akan bercampur isi kandungan dalam kepala otak aku nie. P.Am, B.Melayu and Sejarah kena banyak baca. Ekonomi kena banyak buat latihan. Setiap hari aku pi library untuk study group, tapi boleh dikatakan hanya 50% yang masuk dalam kepala otak. Yang lain taktahu masuk tang mana entah. Well, aku memang susah nak ingat benda-benda yang aku baca and belajar. Tu yang kena baca banyak sikit. Kalau boleh rebus buku buku tu and minum air dia, memang lah aku dah buat lama dah. haihh.

          Haritu ajak Alin datang library sekali join kami study (lebih kepada lepak sebenarnya sebab dia dah cuti sem sebab dia dah habis final exam sebab dia belajar poli sebab dia pernah masuk form6 sekejap tapi dia berhenti separuh jalan sebab dia dapat Poli sebab dia lebih minat nak masuk poli sebab kat sana ada boyfriend dia), aku ingat dia datang library ajak Zai or Fadhil, tapi tak, dia datang sorang jaa, aku dah cakap dah, kalau sorang, takyah datang pun takpa takut nanti dia duduk sorang sorang waktu aku study dengan member kelas. Serba salah pulak aku ajak dia sebab dia duduk sorang sorang jaa. Sorry ehh Alin. Takpa, at least sempat jugak habiskan satu novel kan. kekeke. 

**********

          Sehari sebelum ajak Alin lepak library tu, kami keluar jalan jalan kat Parade. Ada Zai, Fadhil and Joe. Diorang semua dah habis sem so diorang dah free lah kecuali Joe yang baru nak mulakan proses pengajiannya. hewhew. Pergi Novel Hut dulu sebab Diorang nak jual buku form6 diorang yang diorang pernah beli waktu mula mula nak masuk form6 dulu, tapi kan macam aku cakap tadi la, diorang separuh jalan jaa form6 lepas tu diorang keluar pi Poli pulak, buku buku yang TERbeli tu pun dijual balik lah, nak buat apa simpan lama lama tak guna. Pergi pergi tengok tengok novel hut dah pindah tempat. Buat pertama kali dalam sejarah kami pergi cari kedai berdasarkan nombor kod apa entah yang setiap kedai ada atas tu, memang agak macam dalam Running Man sikit dalam proses nak cari novel hut tu. haha. 

          Oh ya, lupa pulak, aku rindu Sela and Wan, lama tak keluar dengan diorang. Wan still busy dengan kerja dia tu, Sela balik 28/11 nie rasanya daripada Melaka. Dia study sana. Tak dapat nak buat reunion ramai ramai sebab maybe time Sela balik sini, Alin and Zai dah balik Poli. Wan takpa, bila bila pun boleh mintak cuti. lol. Semua dah bawa haluan masing masing dah sekarang nie. Kalau dulu dekat sekolah pi mana mana pun sama sama. Cikgu pun dah kenal sangat dah dengan kami. Dalam kelas group kami paling bising, tambah tambah kelas Sains sebab duduk dalam makmal, meja jenis berkumpulan tu. haha.

**********

          Eh, harini last hari sekolah, esok dah start cuti. Yeahh tak payah aku pergi ulang alik ambik adik aku balik sekolah dah. haha. And tunggu 3 hari keramat tu 20, 21 and 25 Nov, untuk Stpm and aku akan tenang untuk sementara waktu sebelum sambung ke sem 2 yang semestinya beban bertambah berat dengan PBS nya lagi. Nak taknak tak boleh lari, kena hadapi jugak. haih. Aku tak tahu macam mana nanti. Jerawat confirm akan bertambah berdouble-double. lol. Harap soalan soalan yang keluar nanti tak menguji tahap kekuatan mental dan fizikal aku sangat lah. and harap apa yang aku study selama nie masuk laa. Paling risau untuk paper Sejarah. Tapi Ekonomi pun risau jugak. Eh jap, BM pun susah. Tapi P.Am wajib lulus. Argh, semua aku dah risau sekarang nie. Kesimpulannya, takda kesimpulan kot. harap exam boleh buat. Aamiin.


          Btw, haritu aku try dengar lagu Ariana Grande sat, tengok ramai dok cakap pasal budak nie, best pulak lagu lagu dia. haha. dah laa comel. lmao. suka lagu Put Your Hearts Up, The Way and Almost Is Never Enough. Best. But still tak boleh lawan Taylor Swift  aku. haha. Currently addict dengan lagu Sweeter Than Fiction dia. Okay Gtg now, Assalamualaikum.

No comments: